Jom Borak


ShoutMix chat widget

Sunday, February 1, 2009

1 Feb 2009 - Hari Wilayah Di PCP

Sepertimana dijanjikan jam 3pm, rombongan pak long santan ke PCP. Konvoi berjalan lancar sebanyak 7 biji kereta yg dikepalai oleh Abg Lan Padu. Seramai 14org ke PCP. Diketuai Fizan, Mahmud Gemok (Misai Tebal), Kolan BB, Nizam (Cun), Khairul (M.A), Fazli (Santan), Arab, Aziz (PB), Ayie (Sewel), Ayahanda Badang, Hafiz Janggut, Isa (7E11), Mambo & Adik (Khairul M.A). Kepada yg bekeje area Selangor jgn marah, hang pa kene keje... hahahahaha. padan muka korang. Sebagai upacara panas badan, semua layan terbang kecil2an sementara menunggu ketibaan En.Santan.
Bermula dgn layan trail XC (ramai gak la yg dpt hadiah) terus kami ke trail last berdekatan dgn trail downhill. Acara kemuncak, layan dirt jump 5feet dimula oleh Ayie (perh! tinggi siot dia terbang)... melihat landing yg mantop oleh Ayie, abg2 otai yg lain cube nak follow aksi bunuh diri. Aziz dgn selamba turun membuka tirai upacara "tergolek dog", diikuti Kolan & Arab.
Melihat 3 kecundang menyembah bumi, Badang, Nizam & Hafiz terus membatalkan niat suci murni nak cube Jump. Semua bersiap pulang dlm 6.50pm, nasib gate kat kaw perkuburan baru nak dikunci Pak Guard, kalau tidak kene pusing jauh ikot Dengkil la kami.
Kepada Aziz, Kolan & Arab. Aku memang tabik spring korang... Hati kering giler, gangster siot.


aksi Kolan, terbang bontot sendeng. (sebelum tergolek)

ayahanda Badang, landing willie (berat mkn kuat)

ini aksi berani Hafiz Janggut, yg willie 2 Ayie Sewel. (tlg jgn tiru aksi ini)

Nizam in action

Aziz pon terbang gak, mane bleh lepaskan peluang

si Ayie ni biasalah la, terbang tak ingat dgn split foot.


Isa dapat tattoo free sempena Hari Wilayah.