Jom Borak


ShoutMix chat widget

Sunday, February 14, 2010

Valentine @ Kiara

Ramai yg balik kampung beraya, cuma kami berlima jer kayuh. Noto punya bersemangat nak cube trek Kiara sanggop datang walaupon demam. Aksi ngeri gulung TAR mengakhiri ride utk pagi ini. Mendapat la dia hadiah Valentine.

Warm-up sebelum bt kayuhan.

Fuh! mamat Scott ni pakai pedal clip tu.

Tolak beskal yg bang, sapa suruh pakai padel clip lg.

Menikmati lunch.

ni dia mangsa tragedi 14 Feb 2010.



Sunday, February 7, 2010

Monday, February 1, 2010

Sunday, January 31, 2010

JB Downhill Race


Sekalung tahniah utk ayie, walaupon agak berbulan xpegang beskal tapi beliau masih berjaya mendapat tempat ke7 utk class Junior & overall no 43. Walaupon menghadapi kesulitan front hub pecah tapi semangat juang yg tinggi beliau redah jugak. Utk coming race (BC) kami mencari sponsor persendirian atau company utk membeli hub baru. Untuk pengetahuan, beskal skang ditanggung sepenuhnye oleh saudara Badang, itupon beliau baru jer ganti rear shox Fox. Dgn ni derma kilat dilancarkan. Semoga sukan DH/MTB terus maju. Sesapa yg ingin menghulur sumbangan bleh la hubungi saudara Badang. (jgn risau, beliau xmakan org)

Friday, January 8, 2010

Final Shoot for prog REMAJA utk RTM















Mulanye gelisah jugak melihat hujan yg x berhenti dr ke petang. Menjelang 8.30pm alhamduillah hujan mulai reda. Seperti biasa berkumpul di Dataran Badang, mengikot kira pd mulanye dijangka seramai 35 org akan kayuh malam ni, tp at last seramai 16 org sahaja. Xpe sudah cukup memadai.

semua pix sumbangan saudara Notto.

Sunday, January 3, 2010

Pengambaran Video utk Prog RTM @ PCP

Kesudian RTM memilih kami utk penggambaran Program Remaja telah disambut dgn baik. Pada 01/01/10 video shot utk kayuhan malam gagal disebabkan hujan lebar. Hari ini kami terlibat utk pengambaran offroad pulak.
Seramai 15org ahli berjaya menghadirkan diri. Kami bertuah kerana En Sabu sudi mengetuai trail kami.
Penggambaran semula nite ride pd 8/1/10, 9pm lokasi Keramat AU3. Kepada sesiapa berminat utk turut serta meramaikan kayuhan, anda boleh menghubungi En Fizan 012-612 4208.


Majlis Pelancaran PCP 8 Jan 2010. Mari beramai2 kesana.

Dah sempurna dah PCP skang ni.

Baju biru En Sabu sudah bersiap sedia untuk lead kami.

Brader Apis sentiasa bersemangat.

Isa xperasan ada candid camera.

Haaaa... terjelih lidah semua.

Ready for downhill. Ladies 1st... hehehehe

Sedang plan angle2 yg menarik.
Isa siap tukar pedal, takot beli pokok.

Interview Jackie Chan, selamber jer dia lompat 15gap.

Fizan sedih mencerita kan pahit manis semenjak dia berkecimpung dalam dunia kayuhan.

Apis tersilap prog, dia ingat interview utk Raja Lawak.


Konvoi pulang.

Friday, January 1, 2010

kayuhan Jelajah 1 Malaysia @ Wangsamaju

Tahun 2010 kami mulakan dgn Kayuhan Jelajah 1 Malaysia anjuran MCA & NGO lain. Perjalanan 15km pusing2 WangsaMaju. Walaupon ada yg mengelarkan kayuhan B****H, tp kami semua enjoy & kurang2 dapat elaun RM30 (bleh gak cover kos g taiping hari tu).

AJK sedang sibuk menanti kedatangan YB & VIP.

Abang Salim... oooo... Abang Salim...

Pian, Nizam, Abg Salim & brader mane tah (sori xkenal)

Semua dah semangat 1 Malaysia nak kayuh ni.

Fizan tgh tenangkan minda, Isa macam biasa buat aksi lompat si katak lompat.

Gerek Abg Salim.

Atan, Badang, Adam & Isa.

Khalid, Tuyun & Isa. Semangat Tan Sri Teh Hong Piow. Pose dgn PBB.

Pikir 2 kali Badang bila Pakcik (72thn) tu ajak ride ke P.D.

Yehaaaaaa.....


Isa dapat tawaran berlakon cerekarama "Kasih Ramadan".

Lucky draw time...

Isa tersepet toot..... (padan muka ko)

Tuyun dapat lucky draw helmet Bell rare. Dia nak tolak (rege xbleh neg)

Haaa... saat yg dinanti, pembayaran elaun... TQ penganjur, janji di kota.